Permohonan Program Duta Guru (PDG) Kohort 4



Pada awal bulan Julai 2022 yang lalu, KPM & Yayasan Petronas dengan membuka permohonan untuk Program Duta Guru (PDG) 2022 Kohort 4 yang khusus untuk guru-guru sekolah menengah rendah yang mengajar subjek STEM (Sains, Matematik, RBT dan ASK). Tempoh Permohonan terbuka dari 2 - 31 Ogos (dan telah dilanjutkan hingga 31 Oktober 2022). Alhamdulillah, PDG ini bukan sahaja terbuka kepada cikgu-cikgu KPM, malah untuk cikgu-cikgu MRSM seperti saya. Apalagi, saya mula membuat pembacaan, karangan dan membuat video yang perlu dihantar semasa membuat permohonan tersebut.

Maklumat yang cikgu-cikgu boleh lihat jika cikgu-cikgu sertai Group Telegram PDG Kohort 4 seperti di bawah:

Lanjutan Tarikh Tutup Permohonan Program Duta Guru Kohort 4 sehingga 31 Oktober 2022!

Cikgu berminat untuk menyertai tetapi masih belum mendaftar?

Jangan risau, tarikh tutup permohonan Program Duta Guru Kohort 4 kini telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2022!

Hantarkan permohonan anda melalui pautan yang disediakan di bawah:

๐Ÿ‘‰ Borang Permohonan: https://bit.ly/pdgkohort4     

Maklumat lanjut tentang Program Duta Guru boleh didapatkan melalui pautan di bawah:

๐Ÿ‘‰ Pek Maklumat: https://bit.ly/pekmaklumatkohort4      

๐Ÿงจ Tarikh tutup permohonan: 31 Oktober 2022 (Isnin), 11.59 malam.

❓ Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak penganjur program di:

๐Ÿ“ฑ Telegram: https://t.me/Pengambilan_Peserta_K4_PDG   

✉️ Email: pdg@teachformalaysia.org

Antara jawapan yang saya masukkan dalam borang permohonan tersebut adalah seperti di bawah:

iv. (1) Mengapakah anda ingin memohon untuk mengikuti Program Duta Guru dan apakah sumbangan dan apsaras yang diimpikan untuk memajukan Pendidikan STEM di Malaysia? (50-70 patah perkataan dalam format kunci huruf kecil - lower caps)*

Tips: Kaitkan visi STEM anda dengan visi Program Duta Guru dengan memberikan contoh bagaimana dua visi tersebut dapat memajukan Pendidikan STEM. Jelaskan motivasi anda untuk menjadi sebahagian daripada visi & misi program ini serta kongsikan rancangan masa hadapan selepas penglibatan dalam program 2 tahun sebagai Duta Guru.

Saya ingin memohon mengikuti Program Duta Guru (PDG) supaya saya berpeluang untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran saya dalam Pendidikan STEM terutama sekali dalam bidang Sains Komputer. Bidang Sains komputer khususnya pengaturcaraan komputer mempunyai kehendak sumber manusia yang tinggi di dalam dunia pekerjaan sekarang. Justeru, saya ingin berperanan sebagai “Feeder” untuk mempersiapkan pelajar-pelajar saya dengan kemahiran-kemahiran penting yang diperlukan pasaran pekerjaan sekarang seperti mampu menyelesaikan masalah secara sistematik, bekerjasama di dalam pasukan, berkebolehan untuk berkomunikasi dan meluahkan idea dan juga mempunyai daya tahan diri yang tinggi. Setelah selesai PDG nanti, saya berhasrat untuk menggunakan ilmu dan kemahiran yang ditimba dan yang sedia ada seperti pengalaman mengendali program MYP IB dan SEM TYPE III MRSM untuk disebarkan kepada para pelajar dan guru di dalam maktab saya dan juga komuniti. Secara tidak langsung, saya dapat menyokong usaha kerajaan dalam menaikkan semula minat dan kompetensi pelajar-pelajar dalam bidang STEM.


iv. (2) Program Duta Guru dibentuk berdasarkan falsafah "Dari Guru, Untuk Guru", di mana proses pembelajaran adalah dua hala. Bagaimanakah anda dapat menggunakan autonomi yang diberikan untuk menyumbang kepada proses pembelajaran dalam PDG?  (50-70 patah perkataan dalam format kunci huruf kecil - lower caps)*

Tips: Gunakan 5Ws1H bagi menjawab soalan ini. Berikut adalah beberapa soalan panduan untuk rujukan. 

Siapakah yang dapat menerima manfaat daripada program ini serta ilmu yang dikongsikan? (i.e Guru-guru STEM di sekolah anda, para pelajar dll)

Bagaimanakah cara-cara bagi memanfaatkan ilmu tersebut? Berikan contoh-contoh yang berkaitan.

Adakah anda akan memberi fokus dan komitmen tinggi untuk menerima cabaran demi mengingkatkan pengetahuan/kemahiran dalam usaha untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi?

Berdasarkan “reskilling” dan “upskilling” yang saya perolehi melalui PDG, saya boleh meningkatkan kolaborasi dengan guru-guru yang lain melalui komuniti- komuniti pendidik seperti Alumni PDG, Google Educators, Microsoft Educators, Guru Digital, Guru STEM MRSM dan sebagainya. Saya juga berhasrat berkongsi ilmu yang diperolehi melalui perkongsian digital di media sosial seperti Youtube dan Blog seperti yang telah saya lakukan sekarang melalui Program Guru Juara Digital MDEC untuk rujukan guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia. Melalui inisiatif yang saya telah dilakukan pada masa ini dan akan saya lakukan pada masa depan, saya juga ingin membuktikan sokongan saya terhadap usaha kerajaan dalam menyediakan generasi sekarang untuk mempunyai daya kreativiti dan inovasi selain mempunyai kecekapan dalam menggunakan teknologi untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.


iv. (3) Apakah kepentingan perkembangan profesionalisme dalam kerjaya anda sebagai seorang guru STEM? Berikan satu contoh di mana anda telah memperoleh kemahiran baru berkaitan dengan pendidikan STEM.  (50-70 patah perkataan dalam format kunci huruf kecil - lower caps)*

Tips: Struktur Program Duta Guru memerlukan anda untuk menjadi individu yang terbuka kepada maklumat, mindset, dan pengalaman yang baru. Huraikan pengalaman lepas anda yang membuktikan anda terbuka kepada proses ini. 

Pengalaman saya perolehi setelah melalui Program Cikgu Juara Digital MDEC dan juga pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional MBOT baru-baru ini membuka lagi minda saya dalam kepentingan STEM dalam pelbagai industri lain dan juga kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran STEM. Saya didedahkan dengan dengan pembelajaran maya, komuniti-komuniti inovasi, teknologi-teknologi pendidikan, program-program profesionalisme guru dan sebagainya. Saya juga mendapat input dari pakar-pakar industri untuk bagaimana kita boleh berkolaborasi dari segi pedagogi dan kurikulum untuk menyokong usaha kerajaan dalam Pendidikan STEM dan Revolusi Industri 4.0.

Video untuk permohonan tersebut boleh dilihat di paparan Youtube di bawah:

Semoga saya terpilih untuk menyertai program tersebut untuk menambahkan lagi ilmu saya mengenai pendidikan STEM dan berkolaborasi dengan cikgu-cikgu lain untuk mencapai aspirasi negara iaitu ke arah IR 4.0, InsyaAllah.



Comments

Popular Posts